Allah yang Maha Berkuasa telah menciptakan manusia berpuak-puak dan pelbagai bangsa untuk mereka lebih kenal mengenali antara satu sama lain. sudah menjadi fitrah alam, manusia itu tidak sunyi daripada kehidupan bermasyarakat. Mereka dikelilingi oleh keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai dalam memudahkan mereka melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Persahabatan yang menyebabkan tercetusnya rasa kasih sayang sesama manusia amat dituntut dalam Islam. Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud: "Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah".


...salam ukhuwah...