Renungan Bersama

Home
Album
Jaringan Laman Web
Kaligrafi Islam
Santai
Renungan Bersama

Laman Web Peribadi

(I)
 
10 KEUTAMAAN MENGHUBUNGKAN UKHUWAH

1. Mendapatkan keredaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang menghubungkan Ukhuwah begitu juga penduduk di langit.
 
2. Menggembirakan para Malaikat di langit kerana mereka amat suka kepada orang yang menghubungkan Ukhuwah.
 
3. Dapat menambahkan pahala amalnya setelah ia meninggal kelak.
 
4. Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.
 
5. Dapat menambah dan menimbulkan keberkatan kepada rezeki.
 
6. Allah dapat melanjutkan usianya.
 
7. Menjadikan iblis dan syaitan bertambah gelisah dan sakit hati.
 
8. Akan disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya.
 
9. Dapat menggembirakan jenazah yang berada di alam barzah.
 
10. Dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua belah pihak, tiada amalan yang lebih baik melainkan menggembirakan hati orang-orang yang beriman.

(II)
 
MUHASABAH DIRI, HAKIKAT KEMATIAN
DAN ALAM KUBUR

Hari ini anda mampu mandi sendiri
tetapi suatu hari nanti orang lain yang akan memandikan anda
 
Hari ini anda mampu memakai pakaian sendiri
tetapi suatu hari nanti orang lain akan memakainya untuk anda
 
Hari ini anda mempunyai ramai saudara dan teman tetapi suatu hari nanti anda keseorangan di dalam kubur
 
Hari ini anda bebas bergerak ke mana saja anda suka tetapi suatu hari nanti anda akan tinggal di dalam liang lahad yang sempit
 
Hari ini anda diterangi oleh lampu yang terang
tetapi suatu hari nanti anda akan tinggal di dalam kubur yang gelap gelita
 
Oleh itu insaflah dan sayangilah diri
ANDA!!!

Enter supporting content here